hari ini hari merdeka .
bersamaan dengan 9 Ramadhan .
ya .
sudah 52 tahun Malaysia merdeka .
Hatta,
setelah terjajah selama 40 dekad .
setelah maruah dicalit penjajah .
setelah hasil bumi dikaut pergi .
dan setelah segalanya terasa rugi .
baru kalian bangkit bersemangat…
Maka,
Maka,
kini kau telah merdeka .
kini kau telah mengecapi nikmatnya .
kini kau telah sedar .
dan kini kau tahu siapa kawan .
siapa lawan …
Namun,
Namun,
apalah ertinya merdeka .
kalau kau tidak tahu mensyukurinya .
apalah ertinya merdeka .
kalau segalanya masih berkiblatkan penjajah .
dan apalah ertinya merdeka .
kalau kau masih tidak mahu berubah .
tidak pun menjunjung kasih .
jauh sekali mengenang budi .
Sesungguhnya,
biarpun masa berlalu pergi .
masih ada esok untuk mencuba lagi .
masih ada ruang untuk muhasabah diri .
dan masih ada tempat untuk berdiri.
Pokoknya,
Pokoknya,
tanyalah diri .
apalah ertinya merdeka .
kalau hidup asyik bertekak .
kalau hidup asyik bertuding jari .
dan kalau hidup bagai musafir .
yang masih tidak tahu arah berpergian .
yang masih dangkal dalam keilmuan .
Ingatlah .
Ingatlah .
tanpa ilmu hatta teknologi .
mahupun jati diri .
dan hanya tahu beretorik …
tidak mustahil kita bakal dijajah lagi.
Dan kalau begitulah jadinya…
Dan kalau begitulah jadinya…
Jangan dikesali lagi…
Kerana sudah banyak kali diingati,
dan Belajarlah daripada SEJARAH .
dan Nikmat Kemerdekaan.
*merdeka kita selamanya !
0 comments:
Post a Comment