2 0 0 9 !
tahun yang penuh suka dan duka .
pelbagai perkara baru yang aku perolehi .
dan pelbagai musibah datang menguji .
namun ,
ia membuatkan aku untuk terus matang .
dalam menempuhi ranjau kehidupan .
2 0 0 9 .
mungkin akan berakhir beberapa jam lagi .
tapi,
segala pahit maung dan juga kenangan terindah .
akan aku sematkan dalam sanubari .
semoga dengan kedatangan tahun baru nanti ,
akan membuatkan aku menjadi lebih dewasa .
mampu belajar dari segala kesilapan yang berlaku .
serta memperbaiki kelemahan diri yang ada .
aku panjatkan kesyukuran padaMu yang Esa ,
kerana diberi peluang untuk belajar sesuatu yang baru ,
menerima segala ujianMu ,
serta kehidupanku hingga saat ini .
Ya Allah Ya Tuhanku .
Kau ampunilah dosa ku .
kedua ibu bapa ku .
dosa saudara maraku .
sahabat-sahabatku .
seluruh umat Islam di dunia ini .
Semoga dengan kedatangan tahun baru ini ,
mampu memberikan sinar kehidupan buat semua .
selamat tinggal 2009 .
selamat datang 2010 .
*amin .
0 comments:
Post a Comment