? ??????????????Rorschach Reality? ????? ?? ???Rating: 4.2 (25 Ratings)??48 Grabs Today. 28385 Total Grabs
. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Incredible Butterflies (New)? ????? ?? ???Rating: 4.7 (99 Ratings)??43 Grabs Today. 41958 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

December 14, 2009

+ anak perantau +

Aku kini menjadi salah seorang penghuni kotaraya Kuala Lumpur yang mana terdiri daripada masyarakat majmuk yang tinggal di kota besar yang bersulamkan pembangunan yang pesat membangun.
Kelihatan bangunan-bangunan pencakar langit yang telah dibina menghiasi kota besar Kuala Lumpur.
Masyarakat kota pada ketika ini sibuk dengan hal masing-masing yang tidak pernah bernoktah.
Malaysia telah berjaya mencapai kemerdekaan selama 50 tahun dan selama itu juga Malaysia berjaya bebas dari belenggu penjajah.

Aku susuri sepanjang bangunan-bangunan pencakar langit dan mercu tanda negara yang telah dibina dengan megahnya.
Jalan-jalan utama di sekitar Kuala Lumpur kelihatan sentiasa sesak dengan kenderaan yang berulang-alik ke tempat kerja ataupun ke mana jua.
Begitu juga kelihatan lautan manusia yang sentiasa membanjiri pusat-pusat hiburan dan sebagainya.
Warna- warna kota sentiasa menunjukkan elemen keceriaan dan keindahan yang pastinya membuatkan kotaraya Kuala Lumpur ini tidak pernah mati dan sunyi sejak awal pagi sehingga ke lewat malam.

Pada waktu siang, warga kota majoritinya keluar mencari rezeki bagi menampung kehidupan dan keperluan hidup yang sentiasa menghimpit.
Namun begitu, di waktu malamnya pula, masyarakat kota gergasi ini akan keluar mencari hiburan kerana mereka sentiasa dahagakan satu kenikmatan hidup yang tiada berpenghujung setelah seharian penat bekerja.
Bagi aku yang masih mentah mengenai kehidupan di kota besar ini hanya mampu melihat corak kehidupan dan tuntutan perubahan zaman yang serba mencabar ini.
Aku gagahi jua diriku untuk bertahan dalam meneruskan kehidupan di kotaraya Kuala Lumpur ini bagi memenuhi harapan keluargaku untuk terus berjuang menuntut ilmu sehingga ke menara gading seterusnya berjaya mencapai cita-cita ku selama ini.

Aku lihat masyarakat kota hari ini sudah tidak sama seperti masyarakat terdahulu.
Hal ini mungkin kerana peningkatan taraf hidup yang semakin baik dari semasa ke semasa.
Anak-anak muda aku lihat semakin asyik dan tenggelam dalam dunia ciptaan mereka sendiri.
Mereka berpakaian menjolok mata, serta kebanyakannya telah berjaya dipengaruhi oleh budaya luar.
Bagi golongan dewasa pula, kelihatan mereka sentiasa mengejar masa untuk melaksanakan sesuatu perkara dan tanggungjawab dalam hidup mereka.
Namun begitu, seiring dengan perubahan revolusi kehidupan hari ini dapat jua aku nikmati sedikit manfaatnya.
Di sini, aku memperoleh ramai teman-teman baru, kemudahan insfrastruktur yang sentiasa berupaya memenuhi kehendak hidup golongan pelajar seperti aku ini serta dapat memperolehi pengalaman baru tinggal di kota gergasi yang serba mencabar ini.

Sungguhpun begitu, aku senantiasa berusaha mensyukuri nikmat yang telah dianugerahkan oleh Tuhan dalam menjalani liku-liku kehidupanku sebagai seorang pelajar yang sentiasa memerlukan kesabaran dalam menempuhi segala onak dan ranjau hidup yang tiada berpenghujung.
Aku akan terus berjuang dalam meneruskan kehidupanku dengan sebaiknya mungkin.
Aku juga pasrah di atas segala suratan dan takdir yang telah ditentukan untuk aku.
Mungkin bagi masyarakat lain, mereka mengganggap kehidupan ini umpama satu pentas lakonan semata-mata.
Namun, bagi diriku kehidupan ini tidak ubah seperti seorang nakhoda yang sentiasa bijak mengemudi dan melayari bahtera kehidupan dengan sebaik mungkin agar tidak sesat di lautan dalam.
Begitulah yang dapat aku gambarkan mengenai kehidupan masyarakat hari ini.

0 comments: