hari ini .
kehidupan kita penuh dengan duri dan ranjau .
pelbagai perkara yang harus ditempuhi .
dalam sepanjang kita menjalani liku kehidupan .
kita sebenarnya .
tidak pernah puas dengan apa yang kita miliki .
tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah diberikan .
bukan apa .
setiap manusia ada keinginan dan impian tersendiri .
dalam meniti arus kehidupan yang tiada bersempadan .
dunia hari ini .
menuntut supaya kita sentiasa berusaha yang terbaik .
kita tidak akan dapat memiliki sesuatu tanpa jerih perih kita sendiri .
namun .
ingatlah bahawa .
kita tidak akan selalunya berada di atas .
Allah swt akan sentiasa menduga kita .
agar menjadi insan yang lebih kuat dalam menghadapi segala cabaran yang ada .
syukurilah nikmat yang ada .
pengorbanan kedua ibubapa tidak harus dipersia .
semoga kita sentiasa dilindungi rahmat-Nya .
0 comments:
Post a Comment