? ??????????????Rorschach Reality? ????? ?? ???Rating: 4.2 (25 Ratings)??48 Grabs Today. 28385 Total Grabs
. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ?????Incredible Butterflies (New)? ????? ?? ???Rating: 4.7 (99 Ratings)??43 Grabs Today. 41958 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

August 17, 2009

+ 1 Malaysia +

Satu Malaysia atau “1 Malaysia” adalah satu gagasan yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Perlaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi.

Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju. Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia sebelumnya.

Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan sikap menerima di antara satu sama lain. Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui “1 Malaysia”. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1 Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar.

0 comments: